| Ini
adalah kali pertama persidangan terbesar seumpama ini dibuat
luar negara Mesir dan Malaysia dipilih menjadi tempat persidangan
bagi memberi penghormatan dan pegiktirafan kepada negara bertuah
ini di atas kemajuan ekonomi, politik serta pengurusan pentadbirannya
yang amat dibanggai oleh seluruh dunia Islam. Malaysia telah
menjadi suatu negara Islam progresif contoh, “role model”
kepada pembangunan dan kemajuan pesat umat Islam di seluruh
dunia. Inilah yang menjadi keistimewaan pemilihan tempat persidangan
ini di Malaysia.
Sementara
itu dimaklumkan juga bahawa Multaqa atau Persidangan ini juga
bakal menghimpunkan ulama’-ulama’ lulusan Al-Azhar
yang terkemuka di seluruh dunia termasuk dari negara di benua
Eropah, benua Amerika, Timur Tengah, Afrika, Asia dan Asia
Tengah termasuk Rusia.
Selain
dari ulama’ terkenal lepasan Al-Azhar, turut dijemput
untuk menghadiri Multaqa yang sama termasuklah beberapa menteri
dari berberapa buah negara di mana mereka ini adalah merupakan
alumni Al-Azhar Universiti. Disenaraikan seperti berikut di
antara menteri-menteri yang dijemput hadir:
- Dr
Mahmood Hamdy Zaqzuq, Menteri Waqaf dan Hal Ehwal Islam
Mesir.
- Mubarak
bin Abdullah Al-Rashidi, Menteri Pengajian Tinggi Oman.
- Saleem
bin Hilal bin Saleem Al-Kharusi, Ketua Pengarah dan Penasihat
dan Menteri Waqf Oman.
- Ni’matullah
Shahrani, Menteri Haji dan Hal Ehwal Agama Islam Afghanistan.
- Umar
Mahmood Muhammed Fins, Menteri Hal Ehwal Agama Somalia.
- Moshame
Hossain Shoh Jihan, Menteri Hal Ehwal Islam Bangladesh.
- Abdul
Karim Jibutai, Menteri Hal Ehwal Islam Republik Guinea
Pissau.
- Sheikh
Ahmad Zaki Yamani, Mantan/Bekas Menteri Petrolium Arab Saudi.
Multaqa
ini akan dirasmikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia,
Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada hari Jumaat,
15 Februari 2008, di Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC)
pada pukul 4.00 petang. Difahamkan juga di malis yang sama
Sheikhul Al-Azhar, Dr Muhammed Sayyid Tantawi akan menyampaikan
ucaptama. |
|